Webinar Cybersecurity - Perlindungan Siber dan Ancaman Penggodam
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2025, satu Webinar Cybersecurity: Perlindungan Siber dan Ancaman Penggodam telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan siber, termasuk langkah-langkah perlindungan data serta risiko serangan siber oleh penggodam.
Webinar ini menampilkan pakar keselamatan siber yang berkongsi pengetahuan dan panduan praktikal dalam menangani ancaman digital. Program ini mendapat sambutan baik dan dilihat sebagai usaha penting dalam memperkasakan pengguna terhadap cabaran keselamatan dunia digital masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: